Saturday 6 October 2012

Ruang Sempit

Berfikir, menulis didalam jamban lain rasanya.
Entah kenapa, didalam tempat syaitan bermesyuarat,
Jari aku rancak berjoget.
Mungkin ini saja tempat yang aku punya ruang.
Sendiri..
Dalam kesempitan ruang,
Segerombolan idea2 yang gemuk datang bertandang.
Ada seekor idea mencucuk idea dengan rakus,
Ada juga seekor idea menghentam kepala otak aku dengan idea yang luar biasa.
Terperasan aku,
Ada seekor idea yang menjahit benak aku,
Dengan sesuatu yang aku tak pernah terfikirkan.
Dihunus dengan pena,
Jemari aku.
Dan bagaikan darah,
Idea mengalir deras,
Mencomotkan helaian putih yang sebelumnya suci.

Mungkin idea yang terluah dari ruang sempit ini akan dipandang jijik. Kerana berkemungkinan besar idea2 bangang ini semua dari bisikan syaitan. Tapi, siapa peduli? Aku? Aku tak kisah. Kau? Siapa kau nak mengatakan ini bisikan dari syaitan? Apa kau nampak, macam mana gayanya syaitan berbisik? Kalau tak, baik kau kunci bibir. Dan hayatilah apa yang kau panggil IDEA DARI SYAITAN.

No comments:

Post a Comment