Saturday, 16 March 2013

Elegi

Sewaktu pekungmu satu persatu aku buka,
Di ruang ini.

Tahukah kau,
Waktu itu adalah waktu aku paling rindu.

Aku bercerita tentang burukmu,
Untuk menambah benci dalam diriku.

Biar aku lupa semua tentangmu,
Biar tak terlihat rindu saratku.

Aku tak mahu terus-terusan merindukan mu,
Yang tak pernah hirau tentang deritaku.

Salahkah aku cuba melupakan mu?
Padahal kau tak pernah sehari pun mengingati aku?

No comments:

Post a Comment