Saturday 12 October 2013

Mimpi Si Bunian



Lembut angin itu merangkul batang tubuhku.
Bagaikan cintamu yang merasuk diriku.
Aku merasa setiap  hadirnya cintamu.
Namun tak mungkin tergenggamkan aku.

Khayalanmu yang menjemput aku ke mari,
Seruanmu membuatkan aku enggan pergi.
Aku mahu tetap terus di sini menemani,
Kerna disejak adanya kamu aku berasa terisi.
Tiada lagi sepi yang sering menggigit diri.

Anganku terlalu tinggi menjangkau langit,
Sehingga terlupa aku untuk menampi,
Mana realiti mana fantasi.

Aku hanyalah anganan tuamu,
Mana mungkin dapat bersatu.

No comments:

Post a Comment