Friday 22 November 2013

I want to be a part of it

Masih aku ingat,
Pada saat paling pertama guli hitam mataku tertancap pada susuk itu.
Tidak dapat aku menafikan betapa cerlangnya dia.

Mula dari saat itu, aku mula meluluk pelusuk wajah dia.
Mula dari rambutnya yang kerenteng. Arghhhhh! Ini memang kegilaan aku!
Selepas itu, matanya yang berwarna coklat seperti gula yang sedang dihanguskan diatas kuali itulah yang telah membusur mataku.
Kemudian jatuh pula pada hidungnya yang mancung seakan terapkan dengan acuan berdarah arab.
Bebola mataku kemudiannya melirik ke arah bibirnya yang seakan buah ceri masak ranum yang sedang memanggil-manggil untuk diratah.

Kalau ada yang bertanya berapa bilangan jerawat di permukaan wajah itu,
Pasti aku akan bangkit dan jawab dengan penuh yakin!
Kerana aku sudah khatam menelaah wajah itu.

Jika ditanya apa mahuku,
Aku akan katakan pada mereka yang aku mahu benar menjadi sebahagian daripada jerawat di wajah dia.
Biar aku selalunya bisa menghidu harum kulitnya yang tanpa gagal membuat aku hilang kewarasan dan kembali berimiginasi secara tidak terkawal.

Dan...

Pada hari-hari yang berikutnya,
Aku masih menjalankan aktiviti yang sama,
Sehingga aku tersenyum dalam tidur.


No comments:

Post a Comment