Friday 22 November 2013

Tap. Tap. Tap. The tears fall down.

Kehadapan Syurgaku,

                              Tahukah engkau betapa cintanya aku kepada kamu? Tahukah engkau betapa dalamnya kasih ini buat kamu? Tahukah engkau aku ini pemuja sepimu? Aku begitu membanggakan kamu. Tetapi tidak mungkin akan aku katakan tepat kepadamu kerana aku anak yang masih punya ego untuk dijaga. Diizinkan Dia darahmu mengalir didalam aku saja sudah cukup membuat aku merasa bangga kerana aku memang asalnya dari benih yang kamu semai penuh cinta dengan dia, Suamimu. 

Wahai Syurgaku,
                         
                     Mungkin selama ini aku tidak dapat berikan apa yang kamu inginkan. Aku tidak belajar tinggi seperti abang. Aku tidak sepintar adik. Tetapi, tahukah kamu? Aku mahu selalu saja menjadi apa yang kamu inginkan? Apa yang kamu harapkan. maafkan aku kerana gagal menuruti segala kehendak dan telunjukmu. Tetapi percayalah, suatu hari nanti akan aku lahirkan sinar bahagia dari mata itu. Aku janji.

Kepada Raja Dalam Jiwa,

                   Terima kasih untuk setiap titis-titis keringat yang terlahir hanya untuk menyenangkan aku, Anakmu. Terima kasih kerana selalu cuba untuk memenuhi segala keperluan walaupun kau sedang kesusahan. Maafkan aku, kerana adakalanya aku gagal memahami rautmu yang mengatakan tidak. Tetapi untuk kesenangan aku, senyuman aku, kamu iakan juga akhirnya. 
\
 Khas Buat Kedua Maharaja dan Maharani,

              Pada saat ini, aku meletakkan ego aku ke tingkat paling bawah untuk menyatakan betapa aku cinta kepada kamu berdua. Cinta ini sudah lama aku pasakkan dengan rela. Dan terima kasih kerana mengizinkan darah kamu berdua, mengalir didalam aku. Terima kasih kerana selalu membanggakan aku yang tidak seberapa. Terima kasih kerana selalu melindungi aku dari terik dan ketidakselesaan.  Terima kasih untuk segala semua yang dah diberikan. Jangan pernah mengungkit. Kerana aku tahu sendiri, hutang ini bukan sekampit.





Tuhan saja tahu berapa tinggi aku punya cinta.

 

1 comment: