Saturday 18 January 2014

Khayal



Ibu. Aku tahu, pasti semua orang membayangkan yang indah-indah tentang insan yang bernama ibu. Berlemah lembut dalam setiap kata, bermanja bila bersama, di pujuk penuh cinta. Bukankah ini semua idaman kita sebagai seorang anak? Ia, aku juga punya impian mahu memiliki perempuan seperti itu dalam hidup aku. Tetapi malangnya kehadiran aku seperti tidak dijemput walaupun aku sudah dibenarkan menetap dirahimnya selama 9 bulan. 

Lidah aku sepertinya kelu bila berbicara tentang ibu. Apabila teman-teman aku bersoksek tentang ibu mereka aku mula memaling muka. Mereka begitu membanggakan ibu mereka. Mereka kata, ibu mereka adalah tempat mereka berkongsi rasa. Ibu? Tempat aku berkongsi rasa? Hah! Jijik aku dengan gelaran itu. Terkadang buat aku terfikir dengan lebih dalam lagi layakkah seorang perempuan yang melahirkan setiap bayi di dunia ini di panggil ibu? Pastinya mereka akan menderhakan aku sebagai seorang anak apabila mencaci hina sehingga terasa jijik mahu memanggil perempuan yang melahirkan aku sebagai seorang ibu.

“Engkau adalah anak yang paling menyusahkan aku. Kau ingat aku kuli batak kau nak kemas tempat tidur kau? Nak masakkan kau? Kau fikir aku ada masa nak layan kerenah kau? I’m so sorry. Kau tak layak untuk pinjam masa aku yang mahal ini. Kau fikir kau layak nak keluar dengan aku? Dengan badan kau yang macam tu? Keturunan aku tak pernah ada badan yang segedempol macam kau ni. Kalau kau nak aku mengaku aku ni ibu kau, kau cermin diri kau. Kau ubah diri kau. Selagi kau berbadan macam paus, bau macam ikan, muka macam tenuk, jangan kau harap aku akan anggap kau anak.”

Aku tidak mahu mempersoalkan kerja Tuhan. Kerana ini memang sudah Dia tuliskan buat aku dan pastinya ada jawapan disebalik persoalan. Terima kasih Tuhan, kerana mengizinkan aku untuk menghirup udara bumi dan harum bau syurga, Ibuku. 

No comments:

Post a Comment