Thursday 27 February 2014

I miss you badly, Hellboy.

Semalam,
Semasa aku melintasi deretan kedai
Tiba-tiba tubuhku tidak berfungsi
Kakiku terasa seperti terikat ketat
Guli mataku terasa bagaikan tertusuk
Dada mula menunjukkan sintom  mahu pecah
Nadi berdenyut seperti manusia mati hidup semula

Susuk itu,
Susuk itu aku kenal benar
Susuk itu aku rindu benar
Susuk itu aku kasih benar
Susuk itu aku mahu benar

Dari situ aku mula beroperasi
Aku mula membuat kajian tentang susuk itu
Pelbagai andaian yang datang seperti askar yang taat pada tuannya
Melihat daripada bentuk tubuh badannya aku yakin dia sihat fizikal
Oh, jangan di tanya kondisi mentalnya kerana aku belum khatam dalam dunia sains

Aku cuma membuat tilikan dari jauh
Dan ya, aku membuat tilikan tanpa melihat wajah tuan empunya susuk
Namun aku tidak pernah dan tidak akan ragu dengan segala rasa yang aku punya
Kerana cuma dia yang mampu membuat aku seperti rasa mahu terbang dan cuma dia yang mampu membuat jantung aku mahu berlari satu dunia dan cuma dia yang mahir dalam membuat aku hilang arah dan jatung berdegup selaju 200km/j.

 









No comments:

Post a Comment