Saturday 22 February 2014

Realisasi



Tubir mata mula terasa panas. Mungkin sebentar saja lagi akan ada berlaku tragedi empangan pecah. Bibir mula diheret ke depan sepanjang 5cm. Mimik muka terus jatuh menunjukkan kesedihan kuasa lapan. “Aku betul-betul teringin. Aku betul-betul mahukannya. Aku benar-benar mendambakan dia saat ini. Keberadaan dia di dalam aku memang saat yang aku aku paling nantikan. Besarkah permintaan aku ini?” Diri mula mempersoalkan kasih sayang teman lelakinya kerana setelah sekian lama mahukan, tetapi jawapan yang di beri Cuma itu “nanti kita beli, ye?” Tetapi hari ini dia telah menerima satu kejutan. Teman lelakinya mengarahkan dia turun ke bawah dengan nada serius. Katanya ada hal penting yang perlu dibincangkan dan tidak boleh ditangguh-tangguh. Aku dengan perasaan tertanya-tanya turun ke bawah, dan apabila sampai di bawah cuma bibir yang dapat menggantikan perasaan. Aku tersenyum semahunya kerana teman lelaki telah menghadiahkan aku apa yang aku inginkan selama ini. Terima kasih encik kekasih di atas apam balik nipis yang diberikan. Love you.

No comments:

Post a Comment