Wednesday 16 April 2014

Kekelabuan dalam kecelaruan

         Mungkin sudah masanya aku menggerakkan akal,  hati, tubuh aku ke tempat yang baru. Jauh dari dia. Aku bukan mahu membuangnya, kerana itu jauh dari kemampuan aku. Aku cuma mahu menjarakkan diri dan biarlah dia seperti wujud hanya angin yang terkadang menyentuh aku dan kemudiannya berlalu pergi. Aku tidak mahu lagi mengganggu hidupnya (akan aku cuba). Mungkin kerana hati yang sebelahnya lagi masih pada dia, menyebabkan aku payah untuk menolak dan berhenti dari mengejar dia. Aku cuma perempuan yang masih memasung hati yang sama. Seperti masih terdengar bisikan janji dan ucapan yang menyakibatkan aku masih tersekat di alam ini. Alam di mana sudah pun dia melihat aku hanya seperti bebayang tetapi aku masih memujanya didalam kekelabuan diriku. Di dalam kekaburan itu aku masih memerhatikannya biarpun dia disamping yang lain kerana aku masih berdegil. Aku mahu semua tahu aku begitu mahu bersamanya dihari tua. Malangnya, aku masih terlalu muda untuk merasa begitu (orang kata, bukan aku kata).

No comments:

Post a Comment