Tuesday 15 April 2014

Surat cinta buat lelaki bertanduk

Dari dulu lagi, ya dari dulu lagi yang aku selalu dingatkan oleh kamu setiap hari adalah supaya aku terus mengingati bahawa betapa cintanya kamu pada aku dan kamu juga selalu minta aku untuk selalu dan selamanya menyimpan kamu. Makanya, aku cuma diajar untuk menyimpan. Waktu terus berpusing dan masa berlalu deras. Kamu tidak lagi seperti yang kamu mahu aku menjadi. Seorang yang selalu menyimpan dan selamanya menyimpan. Waktu dan sekeliling seakan iri hati dengan ku sehingga mereka memaksa untuk kamu meminggirkan aku. Aku yang selama ini cuma diajar cara untuk menyimpan, terus menyimpan kamu di tempat yang selamanya kamu akan berada di situ. Kamu terus membuang dengan melulu sehingga kamu terlupa untuk mengajar aku cara paling mujarab untuk membuang kamu seperti kamu sewenangnya membuang aku. Jadi, sehingga kini aku masih menyimpan kamu. Di sini,

dalam hati aku.


No comments:

Post a Comment