Thursday 19 March 2015

Cukuplah sampai sini

Mereka kata aku obses
Sebab aku hafal setiap inci diri dia
Kalau benar aku obses
Adakah obses itu satu kesalahan?

Posisi tidurnya comel persis bayi
Dengan mulut sedikit terbuka
Dengkur nipis tidak pernah lekang
Begitu juga matanya yang separa terbuka

Aksinya ketika memandu motosikal
Kepalanya pasti dihayun ke kiri dan ke kanan
Sambil bibirnya dimuncungkan sambil menyanyi
Tubuhnya juga akan digoyang mengikut rentak

Lagaknya seperti lelaki paling cool dalam dunia
Ya, dia paling cool dan paling kacak dalam dunia
Dia aku umpamakan penyelamat aku yang lost kata orang
Aku lost dengan diri sendiri dan dia tarik ke kembali ke dasar

Mungkin orang kata aku gila, kalau iya kenapa?
Aku paling suka tengok dia tersenyum dan ketawa berdekah
Aku paling suka saat aku nampak keseluruhan giginya
Sebab dia sedang gegeh tertawa sampai nak terkatup matanya (sepet!)

Lelaki paling selalu merungut pasal keserabutan rambut
Dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan cuma menyarung topi
Oh, aku mahu bilang pada dia betapa kacaknya dia dengan rambut baru
Cuma aku tk berkesempatan lagi untuk memujinya secara berdepan

Ada bahagian yang paling buat aku mahu ketawa contohnya?
Dia selalu menyumbat balik bulu hidungnya yang terkeluar (type sambil ketawa)
Dia juga ada hobi aneh dan tak mungkin di buat orang cuma dia
Dia punya hobi dan hobi dia korek hidung aku







No comments:

Post a Comment