Wednesday 26 August 2015

Malu kita dibuatnya

Kita pernah bersua. Dalam satu jamuan kecil yang dihadiri oleh cuma beberapa orang (boleh dikira dengan jari). Kita mungkin saling memerhati antara satu sama lain tanpa ada satu orang pun yang mengetahui mengapa kita kesana. Ya, mengapa kita menghadiri satu jamuan kecil yang kalau pada akal normal kita, ini bukan kegemaran kita. Tetapi kali ini, beda. Kamu dan aku punya muslihat tersendiri. Aku mahu melihat kamu sacara zahir dan kamu juga begitu walaupun tak terlahirkan di mulut namun Tuhan kita tahu. Kita ada masanya bertembung bola mata dan argh! Kita secara tiba-tiba bertukar menjadi dua ekor kucing yang pemalu. Kamu jantan dan tentulah aku, betina. Kita malu! Kita tertunduk lalu, senyum! Mungkin akan ada yang akan menyatakan yang kita gila, gila kerana tersenyum sendiri. Apa mereka terlalu buta sehingga kelucuan kamu bagaikan tidak wujud pada mereka. Atau, cuma aku saja yang menganggap kamu lucu? Kamu lucu, kamu juga punya lesung pipit yang walaupun di dalam sains dipercayai terhasil berpunca dari urat yang cacat, namun kecacatan kamu merupakan kecacatan paling indah dan mengagumkan! Kita saling menyalahkan diri sendiri apabila kita nyatanya melepaskan peluang keemasan untuk saling berkenal dan berbual atau mungkin sedikit bersentuhan apabila kamu bertingkah lucu dan aku terhiburan dan secara automatiknya tangan aku menampar lembut bahu kamu. Hiks

No comments:

Post a Comment