Tuesday 18 August 2015

Surat buat orang-orang tua

Aku tak berapa pasti, tapi benda ni memang pasti. Ada orang tua akan merasa dirinya sentiasa betul dan sebagai seorang anak tugasnya hanyalah menunduk dan mengiyakan apa yang dikatakan orang tua masing-masing. Pelik. Kenapa beri anak dia dorang tu kehidupan, kalau dah tentu-tentu dia nak tentukan dalam semua hal. Okay, semua hal! Sama macam hal bila mak/bapak suruh anak pilih apa dia nak. Contoh:- "Okay, kakak pilihlah mana yang kakak nak.'' Kata seorang ibu kepada anaknya. Anaknya yang berusia 6 tahun pun membuat pilihan "Nak yang ni Mami." Kemudian ibunya berkata "Ish, ni tak cantiklah kakak. Kakak amek yang ni eh? Okay?" See... Apa guna kau suruh anak kau memilih kalau kau yang nak tentukan semua hal?! Ye ye ye  kau memang orang tua, tapi kau tak ada hak untuk jadikan anak kau macam kereta alat kawalan jauh yang ikut je mana remote kau tekan. Kalau kiri, kirilah dia. Kanan, kananlah dia. Ye kau mak bapak, dan sebab kau mak bapaklah kau kena fikir anak-anak pun ada nafsu dan kehendak! Kau kena tahu, sebelum kau tua, apa yang kau mahukan! Jangan kalau sebab kau tak dapat buat semua benda, kau dendam dengan mak/bapak kau, then kau balas dendam dengan cara tak bagi anak kau buat apa dia nak. Wahai kamu orang tua, kamu memang tua, dan tak kiralah berapa guni garam pun yang telah kamu telan, kamu tetap akan melalukan kesilapan! Bukalah matamu wahai orang tua, jika kamu mahu dihormati, kami jugak sebagai anak muda juga mahu dihormati. Kamu memang tua, tapi kamu tak selamanya tepat.
Salam maghrib.
Peace 

No comments:

Post a Comment