Saturday 3 October 2015

Ada orang teresak-esak, baru cari kita.

Dalam perjalanan pergi ke Pahang (di dalam kereta) saya telah dihubungi oleh seseorang. Di skrin telefon, terpapar namanya Sood (bukan nama sebenar). Suaranya sayu, kedengaran lemah di telinga aku. Di hujung talian aku dengar dia berkata "Adik, aku ada something nak cerita ni dik. Aku rasa bersalah sangat dengan kau. Semalam, aku pergi kelab malam. Aku mabuk dik. Lepastu, aku pukul tunang aku sebab dia bagi sorang lelaki ni ID Wechat dia. Kau tahulah, aku kalau mengamuk macam mana. Semalam polis semua ada dik. Ni aku baru keluar balai. Mama ambil aku dekat sana. Aku sedih doh dik. Aku jerit kuat gila tau semalam. Aku maki dia dik. Aku tumbuk muka dia. Pecah dik muka dia, pecah. Pastu tadi dia datang balai mintak maaf dekat aku. Dia kata dia tak sedar dia buat semua tu. Dia mintak maaf. Aku panas hati betul. Dik, aku pun mabuk jugak dik. Kalau ikut hati, ramai je perempuan lain aku nak peluk, aku peluklah. Tapi aku fikir, aku pergi dengan tunang aku. Takkan aku nak buat macam tu dik." Lalu aku tanya "Kenapa kau pergi sana? Kau dah lupa ke, kau dah janji dengan aku, kau tak akan pergi sana dah? Kenapa kau pergi?" Lalu dia pun membalas "Tulah pasal dik. Aku call kau. Aku rasa bersalah gila dengan kau." Aku tanya lagi "Kenapa kau pukul dia?" Dia kata lagi "Aku panas hatilah. Dia layan jantan lain. Aku maki "pukimak punya perempuan, sundal, dah macam pelacur. Perempuan macam kau, aku nak buat bini?!" Aku tanya dia "Puas tak hati kau? Kau dah pukul dia? Kenapa kau pukul dia? Dia perempuan kot. Lagipun, kalau aku jadi dia, aku tak datang dekat kau mintak maaf. Kalau aku jadi dia, aku pun tak ingin kahwin dengan lelaki macam kau." Tiba-tiba---- Panggilan terputus. Kemudian--- Panggilan masuk (whatsapp call) "Sorry dik. Kredit aku habis." Aku tersenyum lalu berkata "Eh, apsal kau unblock aku? Kau dah block tu, block jelah. Yang kau unblock kenapa?" Dia kata "Tunang aku tulah. Dia tahu kau rapat dengan aku. Dia tak suka. Dialah yang block kau. Dengarlah ni dik. Aku ada masalah ni." Aku senyum lagi dan aku kata "Yelah bang, kau memang bila ada masalah je baru kau cari aku. Bila kau senang, ada kau call aku? Tanya aku okay ke tak? Takde kan? Yang kau tahu diri kau sendiri je okay. Blocklah balik. Takyah unblock." "Yelah dik. Aku salah. Aku tahu memang aku cari kau bila aku susah je. Okaylag dik, sorrylah susahkan kau. Jaga dirilah." Aku tergelak terbahak-bahak "Kahkahkah, ni merajuk ke ni? Kau lepas merajuk ni, kau nak cerita dekat siapa pulak? Nak mengadu dekat siapa woi?" "Tak tahu. Okaylah dik. Takpelah..." Aku balas lagi "Kahkahkah. Kau nak cerita apa sekarang? Ceritalah. Aku dengar." Tiba-tiba nada dia bertukar lain. Pelik nadanya. Bunyinya seperti sangat sedih... Yang aku dapat tangkap "Dik, kau dengar aku nak cakap ni dik. Dik, aku rindu kau dik. Sumpah aku rindu kau (teresak-esak sambil batuk dan menarik hingus). Sumpah dik, malam ni aku tak ego dik. Sumpah aku rindu kau. Aku sedih dik. Aku nak aku yang dulu. Tak ada siapa nak layan aku macam kau layan aku, dik. Aku sayang kau, Amirah." Aku diam dan senyum lalu aku balas "Cakap jelah apa kau nak cakap. Aku dengar. Nanti free kita jumpa, okay." "Dik, aku rindu kau. Tapi nak buat macam mana. Semua dah jadi. Aku harap kau happy jelah lepas ni. Jaga diri."

Mana boleh aku lupa, orang yang jaga aku masa aku hidup sorang-sorang dekat tempat orang. Mana boleh aku lupa, kau selalu marah aku bila orang buat aku sedih, putus cinta. Mana boleh aku lupa, tangan kau suap aku makan bila aku tak ada duit nak makan. Mana boleh aku lupa, kau susahkan diri, semua untuk aku. Mana boleh aku lupa, kau surprisekan aku dengan banyak benda. Mana boleh aku lupa, punyalah nak jaga aku, sampai kau pun susah. Thank you, Abang. Be a good son, husband and father to all your future kids. Peace

No comments:

Post a Comment