Monday 19 October 2015

Tidak ada tempat untuk aku luahkan selain dari hamparan tikar sejadah menghadap ke arah Kaabah. Aku padamkan semua lampu, cuma aku sendirian di tempat ini. Gelap. Telingaku cuma sesekali menangkap bunyi kipas berputar memandangkan keadaan terlalu sunyi. Aku tundukkan muka memandang ke arah sejadah. Terdapat gambaran tempat yang tidak pernah aku jejak, iaitu Kaabah. Ya Tuhan, aku mahu berkongsi satu rasa ini. Ya Tuhan, cuma kamulah tempat yang paling sesuai buat aku meluahkan segala apa yang terbuku. Ya Tuhan, sumpah aku begitu bersyukur padaMu. Aku selalu diorang asingkan. Aku selalu merasa diri aku tidak dapat diterima orang. Aku selalu merasa rendah diri. Aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku malu dengan diri sendiri. Entah kenapa. Aku pun tak pasti. Selepas ditinggalkan pacar, aku punya satu perasaan yang aku ini tidak layak disayang. Aku jugak tidak layak menyayangi sesiapa pun. Namun pagi semalam, aku bangun dengan satu perasaan baru. Satu orang membuangku tak bermakna semuanya ikut turut serta. Semalam aku dapat rasakan masih ada yang masih dibelakangku. Mendukungku. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Tuhan kerana tidak pernah membiarkan aku sendirian (sebenarnya). Terima kasih...

No comments:

Post a Comment