Wednesday 20 July 2016

Kalau sekarang ni orang kata aku gila, aku akan iakan.
Kalau sekarang ni orang kata aku kemabukan, aku akan iakan.
Kalau sekarang ni orang nak tanya, "Eh, kau dah kenapa?" Aku silakan.

Sudah masuk 23 tahun. Aku dapat rasakan tahap pemikiran aku dan cara aku berfikir agak jauh berbeza dengan tahun sebelumnya. Biarpun hanya baru beberapa bulan meninggalkan 2015, tapi dengan tahun 2015, aku seperti dilahirkan semula. Aku bukan Amirah yang dulu (walaupun masih aku tetap cuba elak). Its hard to change. Benar. Ada banyak sikap buruk aku, aku cuba lupakan dan tak terbawa-bawa dan juga hati lembik macam lahanat tu. aku tinggalkan. Aku tak sanggup dah nak bawak ke hulu ke hilir hati aku tu. Such a mess yang kau rasa "fak, apa sial kau bawak bertahun-tahunnn???" Jujur aku cakap, aku semakin kering dan dah tak ambil peduli macam dulu. Setiap benda yang jadi dekat aku, macam ubat pelali. Jadi aku tak kisah sangat. Nak berambus? Blah. Nak kutuk? Sila. I used to amek kisah dan kalau boleh aku nak kepung semua orang suapaya sayang aku. Don't left me behind. But... Aku lupa. Siapa aku? Kalau Tuhan dah tolehkan hati dia dari memandang aku, siapa aku nak persoalkan? Nope. Aku tak ada hak. I keep chasing people that I love and hoping they love me back. I was wrong. Aku sangka aku sentiasa dan selamanya layak di sayang. And now, aku sedar. Aku bukan siapa-siapa. And the most importand thing is, I DONT DESERVE TO BE LOVED. Yes, I am. Aku tak layak.

Setelah aku kaji dan dalami diri sendiri, aku jumpa satu benda yang orang lain jumpa dalam diri aku. Aku rasa, kalau aku,ah. Aku tak nak bercinta dengan aku. I was annoying, hot temper, okay senang cerita kau insert je perangai buruk tu dalam diri aku. Satu aku mewakili begitu banyak kejahatan tapi aku sangka, "Im the perfect one. No one could ever love you as much as I loved you." Nooo... Aku ternyata dan seratus peratus salah. Sesebuah perhubungan bukan sahaja melibatkan cinta malahan melibatkan kesefahaman, kepercayaan, saling membutuhkan, saling memaafkan, bercerita dan mendengar dan banyak lagi. Tapi sayang... Aku bukan salah satu tu dari ciri-ciri tu. I was a bad girlfriend...

I feel sorry for those yang pernah rapat and thank you sebab bertahan for several years. I couldnt ask for more, thank you. Dorang dah membentuk aku dari tahun ke tahun. Yes, aku perlu berterima kasih terutamanya yang last. Dia dah creat aku yang baru. Dia dah bukak mata aku yang sebelum ni pejam. Dia dah menelanjangkan perangai buruk aku sampai aku sendiri malu dengan diri sendiri. Macam manalah dia servive bertahan dengan aku untuk 2 tahun. 2 tahun dengar macam singkat kalau kau happy. Tapi kalau kau dapat awek macam aku, aku rasa 2 tahun adalah sangat panjang dan kau akan tengok kalender sebab nak membilang hari sampailah kau dah tak larat nak bilang. Kau koyak kalender tu dan kau berjalan dengan bebas. Sekali lagi aku ulang, kalau aku jadi kau. Aku pun tak nak bercinta lama-lama dengan aku.

Kau bagus dalam sedarkan aku dan kau jugak buat aku mula hilang trust dengan orang. Aku sampai jadi susah nak percaya orang. Termasuk diri sendiri. Aku dah tak ada keyakinan since that night. Aku jadi takut kalau ada orang suka aku or aku suka orang tu. Yes, im afraid or my own self. Aku takut untuk disakiti dan yang paling penting aku takut untuk menyakiti. Yes, orang tak faham bila aku cakap aku takut. No, you dont understand why and how to overcome my own weakness and lawan dengan perasaan sendiri.

"Betullah cakap orang. Kau nak aku pasal rupa aku aje."

Kalaulah aku boleh bawak keluar hati aku and tunjuk dekat dia macam mana koyaknya aku masa tu. aku akan tunjuk. Aku akan tunjuk orang yang even 2 tahun ni macam mana handle perangai dia and still masih dengan dia. Dia tak faham konsep cinta. Dia cuma tahu bercinta atau mungkin dia cuma bermain cinta. Dia tak boleh sabar, dia tak boleh terima, dia tak boleh memaafkan. That is not the love is. Love is when pasangan kau buat silap, kau macam orang buta. Maafkan tapi! Tegur dan betulkan apa yang silap. Accept the flaws before kau accept good side of him or her. Build and be someone or make something. Dia tak faham. Dia tak akan faham. Aku punya cinta, bukan macam dia. Dah ada awek baru, siap dah putus. Tu pada aku bukan cinta. Tu nafsu.

I was broken. Totally broken. But somehow, someone came and try to build me up. Aku dapat rasa. Aku semakin ada nyawa dan cinta. Sungguh, cinta adalah perkara yang membangkitkan. Dan pada aku, dialah kebangkitan aku. Thanks, Nesface.

No comments:

Post a Comment