Saturday 24 December 2016

Adalah satu kesalahan besar apabila kita berfikiran untuk meninggalkan sakit dengan meninggalkan dunia. Dunia adalah satu tempat pencobaan untuk kita kecapi bahagia di atas sana. I know, ada cahaya yang menanti saya di sana. Di hujung waktu saya meninggalkan dunia, Tuhan akan sediakan saya sebuah kota yang penuh dengan keindahan. Sebelum kesana, kesabaran dan kecekalan adalah perlu. Saya tidak menidakkan dunia, saya cuma menidakkan kesakitan yang saya tanggung. Saya mahu melihat semua dengan pandangan yang berbeza dari sebelumnya. Maksudnya disini, jika pada mulanya saya memandang sesuatu dengan sebuah perasaan yang penuh dengan kesedihan dan gelap, hari ini saya perlu menukar pandangan saya. Saya mahu memandang semua dengan keindahan dan kesyukuran. Maafkan saya, andai saya tidak dan terlupa mengucap syukur saat saya bahagia dan mula menumpahkan segala kesedihan saya pada Kamu. Kamulah yang lebih layak menerima senyuman aku dan juga tangisan aku. Bukan tangisanku ke atas orang-orang dimuka bumi ini. Harapnya senyuman dan kesedihanku ini segalanya berkiblatkan ke arah Kamu.

Terima kasih untuk semua. Terima kasih masih memandang aku. Terima kasih untuk selalu memberi peringatan kepada aku. 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment