Wednesday 25 January 2017

Soalan dari, *****. (13 Feb 17)

"Kakya pernah make up dengan dia ke? Sebab tu Kakya susah nak lepas (move on)? Abang aku cakap macam tu. Perempuan kalau dah bagi diri dia, dia susah nak lepas lelaki tu."
Aku dapat soalan ni dari seorang kenalan di tempat aku belajar. Aku tak terkejut sikit pun, sebab aku selalu je dapat soalan bunyi dan bau yang sama.
Adakah untuk meninggalkan cinta (sukar), aku perlu bermain, aku perlu memberi diri aku dan kerana itu aku sukar? Manakala, jika aku tidak pernah memberi diri aku, maruah aku, aku mudah untuk melepaskan? Benda tak salah, tapi adakah selalunya selepas memberi diri, akan ada berlaku kesukaran untuk melepaskan? Aku tak kata salah, but come on! Ada je yang dah bagi diri dia pada kekasih dan meninggalkan kekasih kemudian teruskan hubungan dengan orang baru. Ada yang aku kenal, masih kekal dengan kekasih yang kaki pukul, kaki lalok tapi tak tinggalkan sebab dah pernah kasi diri. Dalam hal ini, tak ada betul tak ada salah. Atas pilihan diri sendiri.
Macam soalan yang aku dapat, aku tak pelik. Cuma aku terfikir, adakah bila seseorang itu sukar melepaskan, bermakna dia pernah melakukan sesuatu yang melebihi batas? Ini adalah cinta. Macam aku, once I love, I love hard. Dan inilah ujian aku. Jujur aku anggap ini ujian, bilamana aku terlalu yakin dan menyayangi seseorang itu melebihi had, aku terpaksa kehilangan orang itu untuk menyedarkan aku tentang limit dalam menyayangi dan mengagumi seseorang. Mengagumi, menyintai, even menggilai orang yang kita cinta itu tidak salah, yang salahnya adalah apabila kita berlebihan. Melampaui batas, sehingga Tuhan perlu menghentikan dan memberi kesedaran kepada kita. I love hard. And thats why this is happend to me.
Kita sebagai seorang manusia, perlu sedar. Tak semua orang bercinta atas nafsu. Bukan semua orang mudah jatuh cinta. Bukan semua orang membuka hatinya untuk seseorang selepas beberapa hari atau bertahun, selepas perkenalan. Bukan semua orang merelakan dirinya dicintai oleh seseorang dan bukan semua orang sanggup memberi komitmen dan bertolak ansur. Tidak semua orang. Apabila kita sanggup untuk melakukan sesuatu, kita haruslah berfikir ke depan dan bukannya secara sementara.
Bila kita bercinta, kita ada macam2 plan. Kita nak nak berkahwin (sembang pasal bila nak kahwin, nak macam mana, nak warna apa, nak anak berapa) sebagai contoh. Itu tak pelik dan juga tak salah. Yang salahnya adalah apabila kita terlalu yakin dengan pilihan kita (bf/gf) kita memang ditakdirkan untuk hidup bersama sehingga kita lupa bahawa kuasa Tuhan adalah kuasa yang mengawal semuanya. Kita hanya berdoa dan usaha. Sebab itulah, tak elok terlalu yakin dan lagi tak elok bila suka nak jaja janji yang bergunung ganang. Aku, perempuan. Suka manis-manis dalam kata-kata seorang lelaki. Kita suka digula-gulakan, tapi bila tak jadi. Aku drop, aku down. Aku dah belajar, lebih baik diam dan buat dari sembang tapi tak ada hasil (action). Luka dia tak akan sembuh seperti kita maki kawan kita yang menangis seharian sebab pakwe dia dumb dia, sebab kita tak rasa kekecewaan dia. Tapi sedih perlu ada limitnya.
I've learn something priceless. Yang aku tak boleh cerita, tapi aku terkesan dengan benda tu. Aku mula limitkan sayang pada orang, aku mula kedekut dengan janji, aku mula senyap bila buat sesuatu, aku mula belajar besederhana dalam semua yang aku buat. Kedekut lebih bagus dari menabur janji tapi sebenarnya penuh kepalsuan. Jangan berjanji benda yang tak pasti. Kalau awek kau suruh kau janji, "B jangan tinggalkan sayang tau. Janji?" Dan kau dengan yakinnya jawap "Janji." Sebab masa tu kau tengah hangat bercinta. We never knows what is actually waiting for us. Jangan berjanji. Biarlah kau jawab, loveInsha Allah kalau ada jodoh." Memang menyedihkan, tidak meyakinkan, tapi pada aku adalah lebih elok berjanji hari ni tapi esok kau dah kena tinggal.
P/S: Just give me times, aku akan tinggalkan dia. Jangan risau, ini bukan pasal make up, ni bukan pasal apa-apa. Bila kau susah jatuh cinta, dan bila kau jatuh cinta, kau jatuh cinta sungguh-sungguh. Dia akan buat kau sedih sampai kau tak tahu bila nak berhenti bersedih cuma kau berharap kau akan melupakan apa yang melukakan.

No comments:

Post a Comment