Monday 21 October 2013

I know I'm stupid but I love you

Ada kalanya aku terlupa;

Kau memang zahirnya seorang lelaki.
Yang seharusnya membimbing aku.
Memperlakukan aku seakan permaisuri.
Berlembah lembut disetiap saat dengan aku.

Tetapi aku?
Apa pula layanan aku ke atas kau yang memanjakan aku?
Membelai aku?

Tahi.
Ya, aku lempar tahi di atas haruman flora yang kau taburkan untuk menjadi alas telapakku.
Ya, sayang. Ya, aku bodoh. Masih bodoh dalam menjalani hubungan yang berbentuk cinta. Aku bentakkan segala. Aku pekikkan semua. Tetapi kamu tetap aja berlembut. Memanjakan.

Argh!

Aku bodoh! Aku lupa! Kamu memang lelaki, tetapi kamu masih menyarung sebentuk hati.

Terima kasih,
Kerana terus memaafkan & terus mencintai.

 

No comments:

Post a Comment