Monday 21 October 2013

Sunyi. Sepi. Sendiri & Mati.

Di sebuah kedai kopi Setarbruk, dua orang hamba Allah bernama A dan B sedang lepak chill sambil meneguk kopi cekik sampai darah atau lebih di kenali dengan cekik darah. *lawak hambar* Mereka berdua baru berkawan. Mereka mula berkawan sejak dari mereka mula menjejakkan kedai kopi itu sebentar tadi. Mereka secara kebetulan memesan air yang sama dan nak di jadikan cerita, lebih kebetulan adalah mereka mempunyai nama yang sama. Si pekerja memanggil nama mereka untuk mengambil pesanan dan kedua mereka bangun serentak untuk mengambil kopi yang telah di order. Berlaku sedikit kekecohan kerana mereka saling berebut air tersebut. Dan sejak itulah mereka mula berkawan. Lalu mereka mengambil keputusan untuk lepak bersama. Lalu mereka mencari topik apa yang boleh di bualkan. Lalu A pun buka mulut dan topik untuk bertanyakan kepada B.

A : Kau ada kawan baik?

B : Ada. Kau?

A : Ada jugak. Siapa kawan baik kau?

B : Sunyi.

A : Hah? Sunyi? Kenapa kawan baik kau sunyi? Sunyi tu nama dia atau sunyi yang membawa maksud lonely. Forever alone?

B : Sunyi yang forever ever alone sampai mati.

A : (garu kepala tanda tak faham) Aku tak faham. Kenapa kawan baik kau sunyi? Bukan ke patutnya  seorang manusia kawan baiknya juga patut manusia? Pada pendapat aku lah. Kau ni lain macam lah. Kau orang first yang aku tanya siapa kawan baik, kawan baik dia "keadaan sekeliling".

B : Entahlah. Itu orang lain. Aku tak sama macam orang lain. Macam korang jugak, korang semua ada kawan baik. Tapi bukan orang yang sama. Sama jelah macam aku. Cuma kawan baik aku ni kau cuma boleh rasa tapi kau tak nampak dia. Kau nak describe dia pun kau takda ayat.

A : Hmm, okay. Aku mula nak faham.. Tapi kenapa kau cakap sunyi tu kawan baik kau? Kau ni memang takda kawan lain ke? Atau aku ni kawan pertama kau sejak kau celik mata atas dunia? Haa?

B : Aku kata sunyi kawan baik aku sebab sunyi je setia dengan aku. Dia selalu dengan aku. Dia dengan aku macam tuan dan bayang. Aku pernah nak lari dari dia, tapi dia peluk aku erat. Kuat. Dia seakan tak rela nak lepaskan aku dari dia. Kawan baik kau tu, ada ke buat macam sunyi buat dekat aku? Hah, takda kan? Sebab tu aku cakap dia kawan baik aku.

A : Erm..... *krik krik krik*

End

No comments:

Post a Comment