Tuesday 5 November 2013

Tinggal. Padam. Lenyap.




Jangan cuba kau mendekat
Jangan cuba kau menghalang
Jangan cuba kau berpura mahu menyelamatkan

Mengapa baru kini
Kenapa sekarang
Kenapa tidak dari dulu lagi
Kenapa tidak di saat kau tersedar dari lena
Kerana terdengar derap jantungku seakan menuju perlahan
Rekah-rekah yang kau sendiri ciptakan, merebak ke seluruh hati
Kenapa tidak menempelnya semula dengan segala sesuatu yang kau ada
Seperti dulu, saat kau mahu menakhluki aku?

Kenapa tidak menghidupkan aku semula?
Seperti kau menghidupkan aku yang termatikan oleh bekas kekasih?





No comments:

Post a Comment