Wednesday 12 November 2014

Manusia 1, 2, 3.

Dalam dunia ni ada jenis manusia 1 suka manusia 2. Tapi manusia 2 tak tahu. Sebabnya manusia 1 pun tak pernah confess yang dia suka manusia 2 tu. Manusia 2 ada boipren dan baru memutuskan hubungan. Manusia 1 banyak kali cuba nak masuk line sedari dorang awal sampailah penamat. Manusia 1 gagal meluahkan perasaan dengan kata-kata cuma manusia 1 menunjukkan kasih. Manusia 1 buat macam-macam untuk manusia 2 tetapi manusia 2 tidak menganggap apa-apa cuma bantuan dari kawan-kawan sahaja. Pada suatu hari, manusia 1 tidak dapat menahan perasaannya. Manusia 1 menghubungi manusia 3. Manusia 3 adalah manusia yang tidak sebegitu akrab dengan manusia 1 tetapi siapa sangka manusia 3 punya perasaan terhadap manusi 1. Tetapi manusia 3 tidak pernah menyatakan perasaannya terhadap manusia 1. Manusia 1 menghubungi manusia 3 untuk meluahkan perasaannya kekecewaannya dan kesedihannya kerna cintanya ditolak oleh manusia 2. Dia jatuh dan dia malu kerana dia telah berkongsi rahsia dengan manusia 3. Manusia asing dalam hidupnya. Manusia 1 menyukai manusia 2 sejak dahulu lagi. Sejak sekolah rendah. Walaupun pernah punya teman wanita, manusia 1 tetap mencintai manusia 2 dengan sepenuh hatinya. Bermacam-macam yang diceritakan eh manusia 1 dan manusia 3?

"Even bukan aku yang dia suka, aku dah cukup bersyukur aku orang yang dia percaya. Thank you for trusting me, i l y and i'll pray for your hapiness."

No comments:

Post a Comment