Monday 22 June 2015

Dia ada ubat

Sejak kebelakangan ni, aku kerap sakit dada. Sakit yang aku t k tahu how to describe! Mungkin boleh disamakan macam ada orang sedang pijaklenyek dekat dada. Sakit yang amatamatamat sakit! Few days before aku kerja, dan masa kerja agak susah aku nak surve customer dengan dada yang sakit dia Allah saja tahu. Aku tak tahu nak buat apa. Aku cuma balik then google baca kenapa dada boleh sakit sebab aku agak risau adakah ini sakit jantung ke atau apa. Bila aku baca dia ada beza pulak sakit dada kiri dan sakit dada bahagian kanan. Aku tekan dada kanan, tak sakit. Kiri, sakit sikit. Tapi bila baca sintom sakit jantung Insha Allah tak ada but aku memang tak sure sakit apa tu sebenarnya. Kalau nak kata aku selalu mandi malam, benda tu paling aku avoid daripada buat sebab aku tahu aku tak tahan sejuk and akan sakit. Tapi.... Even tak mandi malam pun still sakit, itu masalahnya... But one day, it's like a magic, ala-ala khayalan gittewkan! Aku mendirikan solat Maghrib. Masa solat, ada satu perasaan sedih. Dari awal solat aku dah mula nak teresak! Dan bila selesai saja memberi salam, aku menangis semahunya! Aku menangis depan Tuhan. Aku cakap "Tuhan, aku sakit Tuhan. Tuhan, aku rindu. Tuhan, sampaikan salam aku pada dia, katakan pada dia aku rindu. Tuhan, sakit Tuhan. Tuhan, beri dia kebahagiaan. Beri dia kesenangan. Jagakan ibu dia Tuhan, sebab aku tahu betapa dia menyayangi ibunya, Tuhan. Tuhan, pelukkan aku untuk dia. Tuhan, aku sayang dia. Ampuni dosa kami Tuhan... Aku sakit Tuhan, sakit...."  Selepas menangis sepuas-puasnya selepas bercerita pada orang yang paling tepat, aku rasa lega. Dada aku dah tak sakit dah. Kemudian aku berfikir, "sebab aku tahan lama sangat ke? Sebab aku tak menangis meluah lama sangat ke sampai dada pun jadi sakit?" 

Entah...

Syukur :)(:

No comments:

Post a Comment