Friday 19 June 2015

Mak Siti, adalah satu penghormatan

Jadi Mak Siti ni tak mudah. Tanyalah aku, betapa beratnya hati aku setiap kali nak latihan. Tanyalah aku berapa banyak kali aku cuba pujuk diri aku sendiri. Aku kata, "Ini yang kau pilih, kau kena hadap." Tanyalah aku berapa banyak hari aku lewatkan tidur sebab nak hafal skrip yang ada 87 muka surat dan semuanya ada scene aku. Tanyalah aku macam mana aku boleh hadap semua ni? Tanyalah aku berapa banyak kali aku menangis kena marah masa latihan? Tanyalah aku berapa banyak kali aku kena maki? Tanyalah berapa banyak kali kena halau dari studio sebab tak hafal skrip? Tanyalah berapa banyak kali kena baling dengan skrip? Tanyalah berapa banyak kali kena toucher? Tanyalah berapa banyak kali Tuan Pengarah kata "Jangan buat saya menyesal ambil awak sebagai watak utama. Saya tak pernah buat silap." Tanyalah betapa aku nak buat Tuan Pengarah bangga setiap kali latihan malangnya aku tak boleh capai apa yang dia nak dan akhirnya dimaki? Tanyalah kawan-kawan yang datang tengok latihan, siapa yang berani tengok sampai habis? Mana ada! Tak ada, yang masuk sekejap lepastu keluar ramailah. Sebab apa? Sebab dorang tak tahan tengok kitorang kena maki. Kitorang stress sehinggalah satu hari tu Pak Lasam di masukkan ke dalam hospital sebab demam denggi. Selepas Pak Lasam bersambung pulak dengan Mak Siti, Murni, dan Eton. Semuanya jatuh sakit. Akhirnya Tuan Pengarah mengarahkan kami untuk berehat selama seminggu. Sepanjang ketidakberadaan Pak Lasam, aku lakukan latihan dengan SM. Bila Pak Lasam masuk, aku blur. Hancur. Yelah, bayangkan selama ni kau berlatih tak ada orang dengan kau, dan tiba-tiba ada orang dengan kau. Mestilah kau jadi macam "Eh, apa semua ni." Dan bupppp!!!! Skrip setebal 87 muka surat dicampakkan! "Aku nak korang pergilah buat latihan ke apa benda semua. Aku tahu korang masuk balik sini, jangan ada pun yang macam celaka." Oh, lupa nak bagitahu. Celaka, sial, bodoh, bangang dah macam adik-beradik masa latihan. Macam dah lali. Kemudian kami berlatih di perpustakaan. Sambil latihan semua gelak-gelak sebab kena campak skrip! Macam mana aku nak lupa sebab yang selalu kena maki tu, akulah syial! Kah kah. Tuan Pengarah telah meminta Encik Mazlan untuk membuat preview. Preview ini bertujuan untuk mendapatkan komen dan penambahbaikan. Alhamdulillah, kumpulan kami telah menerima pujian sebagai kumpulan yang bersedia untuk showcase. Entah, tak ada apa yang nak dibanggakan sebab aku tahu, aku pembawak cerita dan aku, kosong! Tapi kitorang mula mendapat rentak yang bagus selepas kitorang baik dari sakit. Tuan Pengarah tak lagi marah-marah. Tuan Pengarah selalu ajak keluar makan. Tuan Pengarah selalu bergurau dan caring. Inilah yang kami mahukan, Tuan Pengarah! Terima kasih kerana lebih memahami kami selepas semuanya jatuh sakit! Hari semakin mendekat dan aku? Masih lagi ada bahagian-bahagian yang susah nak hafal! Memang fakap gila masa tu! Ada lagi dua minggu dan aku masih lagi tak lancar! Sedangkan yang lain lancar macam nak mati dah! Mana boleh aku tak hafal! Aku watak utama kot! Kalau aku tak hafal, matilah! Semuanya hancur. Kau bayangkan, bila semua tengah tunggu ayat yang nak keluar ari mulut kau, tiba-tiba tak ada apa pun yang keluar dari mulut kau??? Matilah nak! Lagi dua minggu dan aku semakin kurang tidur. Aku kurang tidur, aku makan lebih untuk dapatkan energy. Aku banyak menyendiri. Aku bukan buang kawan-kawan cuma aku nak fokus sebab aku adalah seorang manusia yang mudah hilang fokus lagi-lagi aku ada masalah dalaman yang sangat membunuh dan ini lagi merbahaya! Apapun seminggu sebelum persembahan, alhamdulillah aku berjaya melontar dengan mudah dan bersahaja (konon). Cemas. Gelisah. Semua ada. Masa ni, latihan dilonggarkan. Banyak masa kami lebihkan dengan berehat sebab suara aku yang dijangkiti demam virus tu memang teruk. Nasib tak berdarah nanah je tekak. Suara hancur. Ada satu masa langsung tak keluar suara. Di sebabkan suara adalah aset, kami diminta untuk menjalankan latihan secara skrip reading. Kami dibenar berbaring dan relax (erti kata lain bebas tidak strick).

Hari yang dinantikan telah tiba. Selama 3 bulan berhempas pulas. Segala hal-hal luaran dibuang tepi untuk melaksanakan satu tanggungjawab demi masa depan. Sewaktu latihan, kami melakukan latihan secara sederhana kerana takut nanti malam show ada pulak yang tak ada suara. Mampus! Haha. Jadual dah keluar dan giliran telah ditetapkan. Hari petama (Khamis) kami persembahan penutup dan hari seterusnya (Jumaat) kami persembahan pembukaan. Satu malam persembahan melibatkan dua teater. Pukul 5, kami sudah mula menukar baju dan bersolek. Bersolek agak lama kerana aku membawa watak sebagai orang tua dan perlu jelas di muka. Pukul 8.00 mlm, para penonton mula membanjiri dewan. Aku sudah merasa debaran dan seram sejuk yang amat sangat! Sebelum beraksi, Tuan Pengarah telah membuat satu perjumpaan kecil. Pelbagai kata semangat yang telah kami terima dari Tuan Pengarah yang telah melihat naik turun kami. Pada malam itu, waktu itu ada yang berlinangan air mata, saling meminta maaf dan berpelukan.

8.30 mlm, pementasan dimulakan. Aku sudah buat apa yang termampu. Sedaya aku. Segalanya aku berikan dan aku agak lupa diri mungkin. Aku rasa aku ada masalah dengan lupa diri bila diatas pentas. Maafkan aku. Aku amat berpuas hati dengan diri sendiri walaupun bukan dilevel paling tinggi tetapi untuk kejayaan aku melontarkan dialog tanpa gagap adalah satu kebanggaan untuk diri sendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk hari esok. Selesai 1 jam 20 minit, kami bersyukur! Aku gembira kerana Tuan Pengarah suka akan lakonan aku. Itu yang paling penting pada aku! Tuan Pengarah berbangga dengan aku dan itu sudah cukup. Tak aku sangka, ada yang meminati watak Mak Siti. Alhamdulillah. Pelbagai pujian yang aku terima. Nampaknya apa yang aku lakukan tidak sia-sia da masih dihargai. Alhamdulillah. Terima kasih! 

Terima kasih Yang Satu, kerana memberi aku kekuatan yang amat luar biasa!
Terima kasih Tuan Pengarah kerana memberi tunjuk ajar yang tidak boleh dinilai dengan apa pun.
Terima kasih Lasam, Minah, Eton, Murni, Murtad, Ariffah dan Moid untuk semua kenangan manis
Terima kasih yang datang menonton dan menyokong.



















No comments:

Post a Comment