Thursday 18 June 2015

Still the same, cuma...

Sudah agak lama aku berteleku didepan laptop, pelbagai kata mahu aku ukirkan di sini. Namun tak terkeluar. Aku sampai naik give up dengan diri aku sendiri. Mana hilangnya "Amirah" yang selalu tidak pernah duduk diam? Mana Amirah yang selama ini selalu berkobar mahu meludah kata-kata buat bacaannya sendiri di waktu malam sebelum tidur? Mana Amirah yang akan mencatat hampir semua perasaannya disini?

Hmm, Amirah masih ada dan Amirah masih, steady. Cuma Amirah sudah hilang tujuan kenapa dia perlu menulis. Amirah sudah hilang sumber inspirasi untuk terus melukis sabda-sabda cinta. Amirah masih hidup, masih belum mahu mati. Amirah cuma butuh, waktu. Cepatlah sembuh, Amirah.

No comments:

Post a Comment