Wednesday 14 October 2015

PUNCAK KEPAK KEPAK

























Selamat tengah hari, KLCC. Harini aku kembali, duduk mengadap kau kali ini sedikit berbeza kerana sekarang aku berseorangan. Hi KLCC, do you still remember me? Sebab aku selalu ingat kau, dan kau adalah salah satu tempat yang aku akan tuju waktu aku keluar sorang-sorang tanpa ada arah tuju. Kau tahu, aku sunyi. Selepas habis UiTM, aku selalu datang melawat kau walaupun kau tak perlukan lawatan dan rawatan pun. Cuma! Aku datang sini nak melawat dan sambil-sambil tu merawat apa yang tercedera. Ewah. Hi KLCC, lagi sekali aku ulang. Aku sorang-sorang sekarang ni. Aku baru habis kerja Sunsilk. Nabeyla ada, tapi dia dah balik. Baguslah. Aku perlukan masa berseorang sekarang ni. Aku ada benda nak mengadu. Selain Tuhan, kau jugak salah satu tempat aku mengadu. Kau tahu, Syaa dah nak kahwin? Kau tak percayakan? Aku pun sama. Aku dapat tahu, dia hantar gambar dekat Hisyam yang dia bertunang dan aku sangka Syaa main-main sebab Syaa kaki prank! Tapi aku salah sebab hal ni memang betul dan aku yakin selepas tunjuk kad perkahwinan dia. Aku tahu, aku patut rasa happy, tapi... Ada part dalam hati aku sedih. Demi Tuhan, lepas aku tahu Syaa nak kahwin, aku terus menangis. Aku sedih. Masa ni, mula aku rindu semua. Maksud aku, Keluarga Puncak aku. Nabeyla, Faii, Razif, Adlin, Akim, dan Syaa sendiri. Aku rindu segala semua yang kita pernah buat sama-sama. Banyak sangat! Entah dorang ingat ke tidak, masa kita pergi taman dekat Shah Alam pukul 12 pagi dan main kejar-kejar. Ahaha! Lepastu main dokong-dokong pulak. Siapa sampai dulu, dia memang and bila dah penat semua terbaring atas padang yang basah tu. Lepastu, gerak ke Mcd pulak. Yang ni lawak. Masa dalam kereta, Razif dengan Akim pergi bukak baju sebab baju dorang basah lencun cam masuk marathon, tiba-tiba! Ada roadblock! Masa tu dah tak sempat nak pakai baju dah. Last-last, kena tahan. 

Polis : Tengok IC masing-masing. Ni dah kenapa sampai tak berbaju dalam kereta ni?
Akim : Kitorang baru balik dari main futsal cik. Baju basah, berpeluh. Tu pasal bukak baju.
(tiba-tiba Faii menggelabah! "Faii punya dompet semua dalam kereta Syaa!")
Polis : Korang pergi parking tepi sekarang.
Akim : Okay Cik. 
(Faii dengan menggelabahnya call Syaa sambil kami semua menjual muka di tepi jalan)
Polis : Korang cerita betul-betul dekat aku, korang dari mana sebenarnya?
Akim / Razif : Tak, sebenarnya kami baru balik dari padang dekat stadium tu cik. Kami main kejar-kejar. Itu je, sampai berpeluh tu yang bukak baju tu.
Polis : Oh, habis tu yang cakap main futsal tu kenapa?
Razif : Dia nerves tu, Cik. 
Polis : Okaylah, korang dah boleh balik dah. Jangan buat lagi.
Semua : Terima kasih, Cik (sambil melambai tangan).

Aku rasa lawak gila masa tu. Semua menggelabah! Kahkah. Hmm, kalau ingat balik trip masa pergi Melaka tanpa planning apa-apa tu, memang superb best! Kami semua merancang nak pergi panjat loteng. Nak baring atas loteng nak tengok bintang dan matahari terbit. Ni semua idea aku, tapi dorang setuju je. Kahkah. Sekali nak panjat loteng tu, berkunci. Aduh! Kitorang dah kepisangancheese dah ni.... Fikir punya fikir tiba-tiba Razif bersuara, "Jom, kita pergi Melaka. Nak?" Kitorang apa lagi! "Nakkkkk!!!" Dalam perjalanan tu, semua happy. Dalam kereta ada 5 orang, razif, Adlin, Syaa, Aku, dan Faii. Kami menyanyi sekuat hati dan bergelak ketawa. Kahkahkah... Kami bertolak dalam pukul 2 dan sampai sana dalam pukul 4 lebih. Kami berhenti di Pantai Klebang. Masa sampai tu, semua orang tido. Kecuali aku dan Razif. 

Razif : B, jom keluar.
Amirah : Nak g mana ni?
Razif : Jom jelah. Nak ikut tak? Tak ikut, rugilah. Jauh tau nak sampai sini... Haa...
Amirah : Okay, jomlah. Tapi gelapkan ni.
Razif : Takpe, jangan risau. Kita kan pakai phone tourchlight (sambil mengeluarkan phone dan suluh)
Amirah : Ahahaha, okay! Jap, nak suluh jugak.
Razif : Okay, jom.

Selang beberapa minit kemudian selepas berjalan ke arah Pantai Klebang (maksudnya menuju ke pantailah. Masa ini air surut)

Razif : B, tengoklah langit tu (sambil senyum)
Amirah : (melompat) Ya Allah! Cantiknya langit, Razif!!!!
Razif : Cantikkan? Sorrylah tak dapat bawak naik loteng tu. Tapi ni lagi cantik, kan?
Amirah : Cantik sangat! Thank you, Razif! (senyum tak habis sambil pandang langit)

Kami berdua menonton langit sambil membincangkan hal seperti apa yang best di Melaka. Nak buat apa esok? Mengantuk ke tidak? Makanan apa yang best. Bila dah habis borak, kami pun ke kereta sebab baru pukul berapa pagi dan kami berdua nak tidur pulak memandangkan belum tidur sepanjang perjalanan..

Bila bangun dari tidur, aku gelabah gila! "Weh korang! Bangun. Razif hilang!" Dorang yang masih mamai termangu dan blur cam ayam. "Weh, mana Razif!?" Aku terus berjalan ke pantai takut-takut dia tidur di pantai... Tapi, takde! "Weh korang, tolonglah carik Razif...." tiba-tiba Adlin bersuara " Mira, Ajiib tido dalam bonet tu haaa..." Bila dapat tahu je, aku terus bukak bonet "Ya Allah, Razif. Kita ingat awak hilang tau..." Tapi Razif diam je. Macam marah, dan tutup semula bonet. Aku pelik, "Kenapa dengan Razif ni..." Tapi aku biarkan dia tidur je, mungkin mengantuk semalaman tak tidur... Bila memasing dah puas tidur, aku kejut Razif. "Awak, jom... Breakfast. Tidur dekat dalam okay? Biar Adlin drive..." Masam! Argh! Sudah, dah kenapa pulak dia ni... Dalam kereta aku tanya dia buat dekkkk je. Adalah tu marah ke aku, sebab Razif orangnya jarang marah. So bila dia diam, adalah tu yang tak kena... Aku tanya banyak kali, tapi lepastu stop kejap. takut dia marah. Lepastu sambung tanya balik, "Razif, kenapa ni?" (sambil bisik) rupa-rupanya dia marah sebab aku tertidur lepastu aku marah dia sebab kacau aku tidur (kejut tidur) tapi aku cam tak sedar gila termarah dia. Ahaha, kesian dia. Aku pun mintaklah maaf, kesian dia drive jauh-jauh aku tidur tapi dia takde tempat nak tidur... Kihkih!  Tapi pagi tu lepas tu, kami pun pergilah Bandar Melaka tengok kapal, bangunan merah, dan kami memilih untuk bermain basikal dekat Melaka. Masing-masing takde duit dan kami berkongsi duit sewa 3 basikal. 

Banyak nak cerita. Tapi mengantuk. Sambung nantilah. Kahkah

No comments:

Post a Comment