Friday 16 October 2015

Saya...

Saya mahukan kehidupan lama saya yang aman tanpa gangguan-gangguan manusia baru dalam kehidupan saya. Saya masih dambakan keamanan yang saya jalani sendirian selepas ditinggalkan pacar. Saya cuma mahu sendirian sambil membawa berkilo-kilo kenangan-kenangan di atas bahu. Ada diantaranya membuatkan saya tersenyum sendiri dan ada sebahagiannya saya tangiskan. Saya cuma mahu aman dan saya tidak mahu menyakiti mana-mana hati termasuk hati saya sendiri. Saya sendiri pun sudah cukup terluka dan hasilnya saya mahu sendiri. Mereka-mereka tidak faham, mungkin kerana mereka nampak saya macam lelaki saya kuat. Ye, saya kuat sebab saya ada berbakul-bakul kenangan untuk disenyumkan. Maafkan saya, saya susah untuk memasuki dunia orang melainkan awak, saya suka dan hargai. Sekali lagi, maafkan saya. Saya cuma mahu sendiri dan terus mencintai diri sendiri yang selama ini meletakkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. Saya minta diri.

No comments:

Post a Comment