Tuesday 3 November 2015

Perasaan yang dipendam namun makin lama makin tak terpendam. Perlu diluahkan walaupun bukan pada sesiapa, cukuplah diruang ini. Biarpun tak ada satu orang pun yang membacanya, cukup aku dan Tuhanku sahaja. Aku tak pernah memaksa diri untuk menyukai seseorang apatah lagi memaksa orang untuk menyukai aku. Aku susah nak ada perasaan, "Aku nak ke dia." Tapi kali ini lain sungguh rasanya. Aku nakkan dia. Mungkin bukan buat masa sekarang, atau mungkin aku tunggu "one fine day" itu sampai. Entah. Kawan aku kata, teruskanlah berjalan Amirah, dia tak mungkin jadi kau yang punya. Aku sikit pun tak melatah. Aku kata, "Rara, kau tahu aku. Kan? Aku paling susah nakkan orang. Tapi bila aku nak, pernah kau nampak aku main-main? Takkan? Aku kalau suka, biar suka betul-betul. Mana boleh suka separuh-separuh. Suka adalah anugerah dan anugerah ni kita kena hargai dengan cara menyebarkan suka walaupun kita tahu akhirnya kita akan tersakiti, akan ditinggalkan dan mungkin orang tu akan pergi dan lenyap paling teruk dia akan kata "Maaf Amirah Syazwani, saya akan berkahwin." Tu pun paling koyak, menangis belakang pintulah. Kita tak ada hak nak memaksa orang untuk menyukai kita semula dan kita tak meminta untuk kita menyukai sipolan-sipolan. Susahnya. Haha. Aku rasa macam nak buang hati aku tempat lain dan hidup tanpa hati. Biar aku tak rasa apa-apa. Senang. Tapi takleh gak, sebab hidup perlukan warna dan warna-warna tersebut lahir daripada apa yang kita rasa dan gambarkan. Aku telah menyukai seseorang yang nyatanya milik satu orang perempuan lain. Wahai perempuan, maafkan aku kerana telah menyukai satu orang lelaki yang hampir 4 tahun menjadi sebahagian daripada kamu. Wahai perempuan, maafkan aku andai aku menyakiti kamu atas perbuatanku. Bersenang-senanglah kamu wahai perempuan. Apa pun asaku, dia tidak mungkin berpaling darimu. Wahai perempuan, bersenang-senanglah kerana akan tiba masanya, aku akan angkat kaki dan meninggalkan lelakimu dengan sebuah pengharapan yang amat besar. Namun kamu harus tahu, sebesar mana pun pengharapanku tidak akan bisa menandingi besar hatinya buatmu. Wahai perempuan, selamat bersenang-senang. 

No comments:

Post a Comment