Friday 4 December 2015

3

Ulang tahun aku yang ke 20, kamu berikan aku 3 pasu kaktus kecil yang kamu beli entah dimana. Yang pasti sebelum aku naik ke rumah, kamu memberikan aku 3 pasu kaktus yang kecil dan comel sekali. Pesanmu, "Jaga baik-baik kaktus ini."

Ulang tahun aku yang ke 21, kamu berikan aku 3 ekor ikan emas didalam bekas bulat kecil. Sama juga, entah dari mana kamu beli dan dari mana kamu mendapat idea yang  ganjil namun tetap aku suka. Namun sayangnya, 3 ekor ikan emas itu hidupnya tidak lama. Namun masih, fotonya aku simpan buat kenangan.

Ulang tahun aku yang ke 22, kamu berikan aku 3 perasaan yang berbeza.
1. Jatuh
2. Jauh
3. Hilang
Aku merasakan kesemua ini berseorangan. Aku kesakitan aku kejatuhan aku kebingungan. Entah apa yang patut aku rasakan selepas ini. Aku tidak punya foto untuk hadiah kelahiran yang ke 22 ni kerana kamera juga tidak akan dapat menangkap perasaan ini.

Semoga sempat untuk menikmati nikmat dan rahmat 23. Salam.

No comments:

Post a Comment