Thursday 10 December 2015

Salam.

Aku membakar keretek, di kamar kecil. Duduk di atas mangkuk tandas duduk yang ditutup. Aku menaip sambil menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang keretek yang terbakar. Dapat aku dengar bunyi keretek yang semakin menjadi abu. Halus, tetapi masih dapat di tangkap oleh telinga sendiri. Aku memikirkan hal kelmarin. Aku menerima pesanan ringkas dari kamu yang berbunyi "Mira, sorry lama tak contact." Aku baca mesej itu berulang kali. Entah perlu atau tidak aku balas pesanan ringkas kamu itu. Aku cuba menjauh dari kamu. Namun, semakin aku cuma menjauh, semakin aku terarah kepada kamu. Aku benci perasaan aku sendiri. Heh, gilakan? Benci diri sendiri sebab menyukai satu orang yang nyatanya milik orang lain. Aku cuba menjauhkan diri dari kamu. Bahkan aku yakin, kamu juga mula menjauhkan diri dari aku. Terkadang aku sengaja menangguhkan tidur, mana tahu, kalau-kalau kamu terniat untuk menghubungi aku. Nyatanya, tidak. Kamu masih berdiam. Ah, aku sedikit kesal atau mungkin malu sejak aku menyatakan perasaan aku kepada kamu. Dihadapan kamu, dihadapan satu orang lelaki kepunyaan perempuan lain, aku hidangkan hati aku buat kamu. Argh! Betapa bodohnya aku. Kerana tersalah suka. Bodohnya aku kerana ada meletakkan sedikit harapan pada orang yang masih berpunya. Aku cuba untuk menjauh. Aku cuba untuk tidak mendekat. Aku cuba hilang secara perlahan. Aku cuba untuk katakan "Argh, dia sedang lagi berbahagia. Apa perlu aku terus-terusan menantikan dia. Tidurlah Amirah. Tidur. Moga esok, siangmu tidak lagi wujud dia."

Salam.

No comments:

Post a Comment