Tuesday 21 February 2017

"Macam mana result? Okay?"
"Teruk gila!"
"Dapat Dekan tak?"

Bila aku jadi seorang ibu kepada anak-anak aku nanti, aku tak nak tanya sama ada anak aku dapat dekan atau pun tidak (tidak mahu mahu benda itu jadi kepentingan utama), sebab i know how it feels bila kita tak dapat dekan and bila parents cuma nak tahu kita dapat dekan atau pun tidak, tanpa kata-kata semangat seperti, 

"Tak apa, dah cuba yang terbaikkan? Cuba lagi next time." Atau, "Bukan rezeki, tak apa atleast lulus semua." 

Sesuatu yang boleh buat anak aku rasa kalau tak dapat Dekan bukanlah satu kegagalan dalam hidup. Parents perlu sedar, kalau dia kecewa bila anak dia tak dapat dekan, apa yang anak dia rasa adalah lebih teruk dari apa yang dia rasa. Sepatutnya parents adalah tempat dimana aku nak luahkan segalanya, kesedihan aku di atas kegagalan aku sendiri, tapi entah. Aku tak jumpa mana titik tempat aku mengadu. Yang aku nampak, cuma aku perlu rahsiakan dari mereka agar mereka tak terus kecewa dengan aku. Aku sudah cukup kecewa dengan diri sendiri, aku tak mahu ditambah lagi dengan cemuhan mereka. Aku nak jadi parents yang mendengar dan membangunkan anak aku dari kejatuhan mereka, meskipun aku mungkin akan kecewa tapi aku tak nak anak aku rasa dia seorang yang loser dan juga tidak mempunyai masa hadapan bila mana dia tak berjaya mendapat anugerah dekan. Anugerah Dekan, siapa yang tak nak. Merasai selepas penat lelah, tak cukup tidur apa bagai, but kalau tak dapat itu bukan rezeki and aku as a parents nak anak aku terus berjuang sebab perjuangan belum selesai. 

Aku kecewa dengan diri sendiri since aku punya pointer jatuh teruk but aku selalu harap inilah kali terakhir aku rasa kejatuhan yang macam ni. Aku dah rasa masa aku diploma. Kesedihan yang tak boleh nak cerita bila pointer aku jatuh. Aku cuma nak parents aku faham aku dan kembalikan semangat aku. Aku nak dorang tahu, apa pun yang aku buat, aku buat untuk dorang. Mungkin dorang tak faham sebab aku tak berjaya macam abang aku. Abang aku selalu dekan, tapi kalau dorang harapkan perkara yang sama macam apa abang aku bagi, harapan mereka dah hancur, Aku harap mereka tahu, dan faham. Sekecewa apa pun mereka ke atas aku, kecewa lagi aku dengan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment